mcmc
Maklumat Setempat

Selamat Datang

 

 TO

PUSAT INTERNET 1MALAYSIA

KAMPUNG CHE LIJAH

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat Datang ke Laman Web Pusat Internet 1Malaysia Kampung Che Lijah, Dungun, Terengganu.  Sebagai langkah permulaan, laman web ini dibina sebagai salah satu medan rujukan dan promosi kepada orang ramai mengenai Pusat Internet 1Malaysia dan aktiviti Pusat Internet 1Malaysia yang melibatkan komuniti setempat.

Pusat Internet 1Malaysia ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. Selain itu, peranan turut dimainkan oleh Perpustakaan Desa sebagai pusat rujukan buku-buku ilmiah dan majalah.

Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak kepada Pusat Internet 1Malaysia Kampung Che Lijah. Sekian. Wassalam.