mcmc
Sejarah

Sejarah Kampung Che Lijah

Pada  asalnya  kampung ini dinamakan KG. TANJUNG  PATI.   Namun setelah kehadiran Jepun nama  kampung  ini  telah bertukar  kepada KG CHE LIJAH.  Menurut pendapat orang-orang lama yang menetap  di Kampung ini, kampung Che  Lijah  yang  sebenarnya  ialah  berhampiran Jambatan  Sungai  Dungun tetapi  selepas   pembukaan   kawasan pelombongan   di Bukit   Besi  dan  pembinaan jalan keretapi  untuk membawa  bijih  besi  ke  Sura  Jeti   nama  kampung ini telah bertukar kepada KAMPUNG CHE LIJAH.    Ianya  bermula daripada   papan   tanda nama   Kampung  CHE LIJAH  yang  dari  asalnya ke  perhentian   keretapi yang  terletak  di  Kg.  Tanjung  Pati.  Ekoran  dari peristiwa itu nama Tanjung Pati semakin hari semakin luput dari sebutan orang ramai dan nama KG CHE LIJAH menjadi kian popular dikalangan masyarakat pada ketika itu maka kekallah nama KG CHE  LIJAH sehingga ke hari ini.

Perkampungan ini di asaskan oleh seorang pelarian terawal sekitar tahun 1975 yang bernama Tuan Haji Ismail. Beliau berusaha membeli tanah-tanah di kampung Che Lijah dan mengumpul seberapa ramai masyarakat melayu Campa di Dungun dan beberapa daerah lain untuk berkampung di perkampungan ini.

Pada asalnya orang-orang Melayu Campa ini tinggal di merata tempat di Dungun dan juga daerah-daerah lain. Mereka menyewa rumah-rumah orang tempatan dan kemudiannya ditawarkan tanah untuk dibeli.

Persekitaran Fizikal.Perkampungan ini terletak di pinggir bandar Dungun kira-kira 8 km melalui jalan raya utama dari bandar. Ia terletak di Kampung Che Lijah, Dungun. Perkampungan ini dibina berhampiran jalan raya dan berkelompok. Rumah- rumah disini dibina berdekatan antara satu sama lain dan tersusun secara berbaris di kiri kanan jalan masuk.

Mereka juga terlibat dengan perniagaan menjual kain secara kecil-kecilan.Bermula dengan menjunjung bungkusan kain dan dijual dari rumah ke rumah di sekitar kampung berdekatan akhirnya mereka mampu membuka gerai menjual pakaian di pasar-pasar malam.