Latar belakang
Muhammad Muslim Bin Mat Ali adalah seorang peniaga online. Muslim menjual kaca mata yang berjenama dan yang terkini secara online dan juga di pasar malam. Beliau seorang anak sulung dari tiga adik beradik yang patuh kepada ibu bapa dan rajin menolong keluarga.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dalam Pi, Muslim hanya menjual melalui kawan-kawannya sahaja serta jiran-jiran di sekitar kawasan rumahnya. Pendapatan melalui jualan tersebut juga tidak menentu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, dan penglibatan dalam Pusat Internet, Beliau dapat belajar banyak perkara selepas saya menjadi ahli Pusat Internet Kampung Che Lijah. Beliau dapat mempromosikan perniagaannya dalam media sosial seperti facebook, Instagram whatapps dan sebagainya. Beliau banyak iklankan produknya di facebook ads. Selepas menggunakan pelbagai media sosial, pendapatan bulanannya semakin bertambah.