mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2019 – Muhammad Darius Muhaimin Bin Fauzi

Latar belakang

Muhammad Darius Muhaimin Bin Fauzi merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan pusat internet  Kampung Che Lijah. Beliau merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati Dungun Terengganu yang terletak kurang 1 km dari pusat internet Kg Che Lijah. Beliau juga seorang yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Muhammad Darius Muhaimin Bin Fauzi sering berkunjung pusat internet  Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet ini disini. Beliau  telah menjadi ahli pusat internet Kg Che Lijah sejak tahun 2016. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Darius.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Muhammad Darius Muhaimin Bin Fauzi memang tidak pandai untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Internet, Darius menyuarakan hasrat menjadi ahli pusat internet kepada keluarga beliau. Darius mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh pusat internet Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas wujudnya Pusat Internet Kg Che Lijah, Muhammad Darius Muhaimin Bin Fauzi sering mengikuti program dan kelas di pusat internet Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Darius dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Darius juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.