Latar belakang
Muhamad Shahrul Aiman Bin Salleh merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan pusat internet Kampung Che Lijah. Beliau merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati Dungun Terengganu yang terletak kurang 1 km dari pusat internet Kg Che Lijah. Beliau juga seorang yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Muhamad Shahrul Aiman Bin Salleh sering berkunjung pusat internet Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet ini disini. Muhamad Shahrul Aiman Bin Salleh telah menjadi ahli pusat internet Kg Che Lijah sejak tahun 2015. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Aiman.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya Muhamad Shahrul Aiman Bin Salleh memang tidak pandai untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Internet, Aiman menyuarakan hasrat menjadi ahli pusat internet kepada keluarga beliau. Aiman mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh pusat internet Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas wujudnya Pusat Internet Kg Che Lijah, Muhamad Shahrul Aiman Bin Salleh sering mengikuti program dan kelas di pusat internet Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Aiman dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial face book sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Aiman juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.