Latar belakang
En Ghazali bin Mohd Amin merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan pusat internet Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. En Ghazali sering berkunjung pusat internet Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet. Beliau telah menjadi ahli pusat internet Kg Che Lijah sejak tahun 2017. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Ali.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya En Ghazali memang tidak tahu untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Internet, Ghazali dating ke pusat internet dan mendaftar sebagai ahli. Encik Ghazali mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh pusat internet Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas wujudnya Pusat Internet Kg Che Lijah, Encik Ghazali sering mengikuti program dan kelas di pusat internet Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Ghazali dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial face book sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Ghazali juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.