mcmc
Kisah Kejayaan

Q1-2025-CELIK ICT-NORHAZANI BINTI SALIM

CELIK ICT- NORHAZANI BINTI SALIM

Nama   : Norhazani Binti Salim

Umur   : 37 Tahun

Ahli     : 2020

Latar belakang

Nurhazani binti salim atau lebih mesra dipanggil kakni merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan NADI Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Kakni sering berkunjung NADI Kg Che Lijah sejak wujudnya NADI untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti mencetak dan penggunaan komputer. Beliau  telah menjadi ahli NADI Kg Che Lijah sejak tahun 2020.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pada awalnya kakni memang tidak tahu untuk menggunakan komputer. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh NADI Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh NADI, kakni datang ke NADI dan mendaftar sebagai ahli. kakni mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh NADI Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas wujudnya NADI Kg Che Lijah, kakni sering mengikuti program dan kelas di NADI  Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan Microsoft Office sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. kakni juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman social. kakni juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.