mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2021 – Shaleha Bt Hassan

Latar belakang

Shaleha Binti Hassan merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)  Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Shaleha Binti Hassan sering berkunjung Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Beliau  telah menjadi ahli PEDi Kg Che Lijah sejak tahun 2016. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Shaleha.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Pada awalnya Shaleha Binti Hassan memang tidak tahu untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Internet, Shaleha  datang ke pusat internet dan mendaftar sebagai ahli. Shaleha  mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Internet  Komuniti Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Selepas wujudnya Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Che Lijah, Shaleha sering mengikuti program dan kelas di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Shaleha juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Shaleha juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali. Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Shaleha datang ke PEDi Kg Che Lijah hanaya untuk urusan penting supaya tidak berada ditempat yang sesak bagi menjaga SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.