mcmc
Keusahawanan

Q1 2020 – En Maslan Bin Ismail

Latar belakang

Encik Maslan adalah seorang penjual spek secara kecil-kecilan. Minatnya dalam bidang jualan bermula sejak kecil lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dalam Pim, Encik Maslan hanya menjual melalui kawan-kawannya sahaja serta jiran-jiran di sekitar kawasan rumahnya. Pendapatan melalui jualan tersebut juga tidak menentu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, dan penglibatan dalam Pusat Internet. Saya dapat belajar banyak perkara selepas saya menjadi ahli Pusat Internet Malaysia Kampung Che Lijah. Saya dapat belajar cara-cara mempromosikan spek mata tersebut melalui laman sosial seperti membuat fb ads, instagram, shopee dan sebagainya. Pendapatan saya juga semakin meningkat.