mcmc
Laporan Aktiviti

Program Semarak Merdeka 2018 – Advokasi

Tarikh   : 28 Ogos 2018 (Selasa)

Masa    : 9.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Lokasi   : Perkarangan Pustaka Desa Pulau Serai

Peserta : 150 Orang

Tujuan

Program Semarak Merdeka 2018 merupakan majlis tahunan Pustaka Desa Negeri Terengganu dimana Pustaka Desa Pulau Serai menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini. Pusat Internet daerah Dungun dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak dimana pengunjung diberi taklimat serta pendedahan berkenaan etika apabila melayari internet. Tiga perkara asas apabila melayari internet adalah Keselamatan, Waspada dan Bertanggungjawab. Selain itu juga program ini adalah untuk mempertingkatkan keahlian pusat internet Daerah Dungun ini sendiri.

Aktiviti

Para pengunjung diberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak dan Siber Grooming dimana penekanaan terhadap keselamatan, bertanggung jawab dan berwaspada apabila melayari internet. Pelajar juga dinasihatkan untuk memantau anak masing-masing apabila anak melayari internet. Pengunjung juga diberi untuk melayari internet secara berhemah supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada masa akan datang.