Program Sayangi Malaysiaku

Laporan Aktiviti | 7 September 2018

Tarikh   : 5 September 2018 (Rabu)

Masa    : 9.00 Pagi – 1.00 Tengahari

Lokasi   : Pustaka Awam Dungun

Peserta : 120 Orang

Tujuan

Program Sayangi MalaysiaKu merupakan majlis anjuran perputakaan awam Negeri Terengganu dimana Pustakaan Awam Dungun menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini. Pusat Internet daerah Dungun dijemput untuk memberikan taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak dimana pengunjung diberi taklimat serta pendedahan berkenaan etika apabila melayari internet. Tiga perkara asas apabila melayari internet adalah Keselamatan, Waspada dan Bertanggungjawab. Selain itu juga program ini adalah untuk mempertingkatkan keahlian pusat internet Daerah Dungun ini sendiri.

Aktiviti

Para pengunjung diberi taklimat berkenaan modul Klik Dengan Bijak dan Siber Grooming dimana penekanaan terhadap keselamatan, bertanggung jawab dan berwaspada apabila melayari internet. Pelajar juga dinasihatkan untuk memantau anak masing-masing apabila anak melayari internet. Pengunjung juga diberi untuk melayari internet secara berhemah supaya tidak mendatangkan kemudaratan pada masa akan datang.