Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan

Laporan Aktiviti | 25 August 2019

Tarikh   : 24 Ogos 2019 (Sabtu)

Masa    : 8.30 Pagi – 1.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg Che Lijah

Peserta : 112 Orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 112 orang yang terdiri daripada penduduk sekitar pusat internet Kg Che Lijah. Tujuan program “jom sihat” ini diadakan memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung serta Klinik pergigian Kuala Abang untuk mewujudkan Komuniti sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

Aktiviti

Acara utama program ini adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma yang terdiri pemeriksaan tekanan darah, BMI dan pemeriksaan gula dalam darah. Selain tu pemeriksaaan gigi juga diadakan yang dikelola dari Klinik Pergigian Kuala Abang. Pengunjung juga diberi taklimat berkenaan penjagaan gigi. Pengunjung juga didedahkan berkenaan etika apabila melayari internet. 3 elimen perlu diterapakan apabila berada di atas talian iaitu waspada, bertanggungjawab dan selamat. Semoga dengan adanya aplikasi dashboard komuniti ini dapat memberi kumudahan kepada semua ahli dan penduduk sekitar pusat internet Kg Che Lijah khususnya.