Program “Jom Sihat” Bersama PEDi
Tarikh : 24 Nov 2018 (Sabtu)
Masa : 8.30 Pagi – 1.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Che Lijah
Peserta : 137 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 137 orang yang terdiri daripada penduduk sekitar PEDi Kg Che Lijah. Tujuan program “jom sihat” ini diadakan memperkenalkan PEDi sebagai tempat rujukan komuniti sihat, mengeratkan kerjasama PEDi dengan komuniti Kampung, agensi, Jkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat dan mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
Aktiviti
Acara utama program ini adalah pemeriksaan kesihatan secara percuma yang terdiri pemeriksaan tekanan darah, BMI dan pemeriksaan gula dalam darah. Selain tu pemeriksaaan mata juga diadakan yang dikelola dari Ar-Rayyan optimery. Pengunjung juga diberi taklimat berkenaan makanan kesihatan dan bersenam secara sihat. Pengunjung juga didedahkan berkenaan etika apabila melayari internet. 3 elimen perlu diterapakan apabila berada di atas talian iaitu waspada, bertanggungjawab dan selamat. Semoga dengan adanya aplikasi dashboard komuniti ini dapat memberi kumudahan kepada semua ahli dan penduduk sekitar PEDi Kg Che Lijah khususnya.
