Pesona D’Zaharah, ikim.fm
*Tiga Rahsia Ramadhan*
Isnin 15 Ramadhan 1437H
*******************************************
▶alhamdulillah, dgn izin-NYA kita masih dpt lagi bersama, berkongsi sedikit ilmu dan mudahan ianya memberi manfaat kpd kita semua
▶sabda Nabi
“Awal Ramadhan adanya *RAHMAT*, pertengahannya *PENGAMPUNAN* dan akhirnya *PERLEPASAN DRPD API NERAKA”*.
▶itulah *3 Rahsia Ramadhan* dan kenapa ianya penting (perlunya kpd kita), bagaimana utk kita mendapatkannya?
*1⃣RAHMAT*
▶asalnya drpd perkataan *RAHIMAH* ….. kasih sayang drp Allah SWT
▶kehidupan kita bergantung kpd Takdir Allah SWT ….. maka Rahmat Allah diperlukan supaya Allah takdirkan kebaikan kpd kita cth : kaya, berharta, berpangkat, perpengaruh tidak akan kekal selamanya (putaran dunia)(semuanya atas takdir Allah)
▶dlm Ramadhan burulah kasih sayang (Rahmat) Allah SWT dgn mohon supaya diberikan kesudahan (mati) yg baik (zahir dan rohani)
*▶RAHMAT* Allah SWT juga diperlukan utk melepaskan kita dari azab2 kubur
▶di Mahsyar, kita hanya akan mendapat perlindungan dgn *RAHMAT* Allah SWT (Arash Allah)
▶dgn *RAHMAT-NYA* juga, urusan timbangan di Mizan akan dipermudahkan (hisab yg ringan)
▶masuknya kita ke Syurga juga dgn *RAHMAT Allah SWT*, bukannya dgn amalan2 kita (pahala)
▶kita tidak akan mampu membalas nikmat2 Allah dgn amalan2 kita cth : nikmat Mata
▶bagaimana utk meraih *RAHMAT*?
*▶dgn taat*
– yg wajib dibuat semaksima yg mampu
– yg sunat diperbanyakkan
– yg haram ditinggalkan sepenuhnya
– yg makruh dijauhi sejauh-jauhnya
▶Allah melihat usaha2 kita ke arah itu
*2⃣PENGAMPUNAN*…. dgn Rahmat masih terus dikekalkan (Rahmat + Pengampunan)
▶kenapa perlu ? Kerana dosa itu membebankan (dunia dan akhirat), dgn dosa terhijabnya akan doa2 ….. oleh itu pengampunan sangat2 diperlukan
▶bagaimana meraih Pengampunan Allah SWT?
1. memohon kpd-NYA dgn ucapan2 *ISTIGHFAR* yg diriringi dgn penyelesalan kpd dosa2 lampau. Jika tidak, ianya hanya akan menjadi Zikir semata-mata (boleh pahala tidak pula pengampunan). Istighfar juga perlu diringi dgn kemampuan utk melihat keaiban-keaiban diri (utk diperbaiki)
2. dgn amalan2 tertentu cth : amalan puasa ramadhan (penghapus dosa2 yg lalu), berwuduk (mengugurkan dosa2), solat, pegang tangan suami/isteri, menghadiri majlis2 ilmu (malaikat mohon keampuanan utk kita)
3⃣PERLEPASAN DRPD API NERAKA*…. dgn Rahmat dan Pengampunan masih dikekalkan (10 mlm2 akhir Ramadhan)
▶bagaimana?
1. ushakan/selesaikan Rukun Iman. Lakukan amal2 soleh dan tidak mensyirikkan Allah SWT
Surah Al-Kahf, Ayat110 ;
…… Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.
2. ushakan/selesaikan Rukun Islam (asas). Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji ….. biarlah sesempurna mungkin & dijaga dari perkara2 yg membatalkannya.
3. ushakan utk tinggalkan benda2 haram (haram Akidah – tidak syirik, haram Syariah – tidak menerima hukum2 Allah, haram Akhlak – tidak redha dgn takdir2 Allah SWT)
4. ushakan/selesaikan hutang2. Hutang2 perlu ditulis atas perintah Allah SWT
5. ushakan/sempurnakan Taubat. Nabi bertaubat sebanyak 70x sehari-semalam. Tiga tinggkatan taubat. 1⃣taubat org awam – taubat dgn dosa2 besar shj 2⃣taubat org istimewa – taubat dari dosa2 besar dan berusha juga utk dosa2 kecil3⃣taubat org istimewa – selain bertaubat sepenuhnya dan dlm masa yg sama sangat takut amalan2 yg dilakukan tidak sempurna (tidak diterima Allah SWT)
Kesimpulan
Itulah Rahsia2 Ramadhan.
Mudahan kita tahu dan seterusnya berusha utk mencapainya ….. berusha utk memperbaiki diri
Surah Al-Ala, Ayat 14:
قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ
Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
Mudahan anugerah TAQWA diperolehi di penghujung Ramadhan
Wallahuaklam
Mudah-mudahan ada manfaatnya terutama kpd penulis
Ampun maaf atas kesilapan di dlm mencatit
Al Faqir
Dzul Alias
20 Jun 2016