Penduduk Kampung Che Lijah bekerjasama dengan pasukan RELA membersihkan Perkuburan lama.
Lebih 50 anggota RELA dan JPAM bersama-sama penduduk kampong Che Lijah bergotong royong membersihkan perkuburan lama yang turut menempatkan makam Marhum Sultan Yahya (Yang Di Pertua Besar Siak) yang mengikut sejarah menetap di Dungun setelah membawa diri dari Siak kerana persengketaan dan akhirnya bersema di Kampung Che Lijah (Kota Tanjung Pati-Bemban).
