TERMA DAN SYARAT (Pendaftaran PI)
- Keahllian Pusat Internet adalah terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemaustautin tetap sahaja.
- Pendaftaran keahlian sebanyak RM5.00 sahaja sekali seumur hidup dan tiada cas tambahan dikenakan.
- Kad keahlian, mata terkumpul, dan segala kelebihan serta manfaat keahlian tidak boleh dipindah-milik atau ditukar-ganti kepada pihak ketiga dan merupakan hak ekslusif kepada ahli berdaftar sahaja.
- Setiap ahli akan diberikan mata terkumpul berdasarkan perkhidmatan yang digunakan di Pusat Internet kendalian TM sahaja.
- Setiap mata terkumpul sah laku dalam tempoh 24 bulan dari tarikh transaksi penggunaan.
- Setiap mata terkumpul boleh ditebusguna berdasarkan jumlah mata dalam tempoh 24 bulan dari tarikh transaksi penggunaan.
- Mata terkumpul yang telah dikreditkan ke dalam akaun keahlian boleh ditebusguna dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penggunaan perkhidmatan.
- Barangan yang ditebusguna akan dihantar kepada pengguna melalui Pusat Internet yang berdekatan dalam tempoh 2 minggu atau 14 hari hari bekerja.
- MSD juga tidak akan bertanggungjawab, sama ada secara langsung atau tidak terhadap sebarang kehilangan atau kerugian atau sebarang kemungkinan yang dialami oleh Pemegang Kad, keseluruhan, atau sebahagian, disebabkan oleh penyertaan mereka dalam program ini atau daripada sebarang tindakan di pihak MSD.
- Dengan menyertai sebagai ahli, Pemegang Kad dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma Dan Syarat rasmi yang terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak MSD yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.
- Sebarang surat-menyurat, bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. MSD juga mempunyai hak eksklusif mengikut budi bicara dan mutlak untuk menukar, meminda dan memotong atau menambah mana-mana Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa yang dianggap sesuai tanpa memberi sebarang notis kepada ahli.