Pasar Kemboja
Pasar Kemboja ini buka setiap hari ahad, pada pukul 8.00 pagi- 12 tengahari sahaja. Ramai pelancong datang membeli belah, kebanyakan penduduk di daerah Dungun datang membeli baju dan kain yang dijual borong di pasar kemboja untuk mereka berniaga. Pasar kemboja ini terkenal dengan menjual barangan secara borong dengan harga yang sangat berpatutan. Pasar kemboja ini mendapat sambutan ramai daripada penduduk masyarakat dungun kerana terkenal dengan harganya yang sangat murah dan mempunyai aneka pilihan jika dibandingkan dengan kedai lain di Dungun .
Pantai Teluk Bidara
Pantai Teluk Bidara terletak di Kampung Seberang Pintasan, Dungun. Ia merupakan antara pantai yang tercantik di Negeri Terengganu. Lokasi Pantai Teluk Bidara ini ialah berhampiran dengan Tanjong Jara Beach Resort. Sekiranya anda dari Kuala Terengganu, Hotel Tanjong Jara Beach Resort boleh menjadi panduan perjalanan anda sekiranya anda ingin berkunjung ke pantai ini.Pantai Teluk Bidara ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong terutama pada hujung minggu dan hari cuti. Selain air yang jernih, di sini juga terdapat kawasan batu batan dan gua kecil bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Selain dari itu, pondok-pondok rehat dan gerai makan juga banyak terdapat di pantai ini.
Keindahan Pantai Teluk Bidara ini berjaya menarik ramai pelancong dalam negara mahupun pelancong luar negara. Pelancong yang datang ke sini dapat melihat dari jauh Pulau Tenggol yang terletak tidak jauh dari situ. Pantai ini juga mempunyai banyak kemudahan seperti tandas, tempat berteduh, taman permainan kanak-kanak dan sebagainya. Selain itu, pantai ini juga mendapat sambutan hangat kerana bentuk batu batu yang menarik dan terdapat gua di pantai ini.
Gua kecil yang terdapat ditepi Pantai Teluk Bidara ini dapat menarik ramai pelancong dengan keindahan gua tersebut dan pelancong akan masuk ke dalam gua untuk melihat keindahan ciptaan ALLAH S.W.T