Pusat Ekonomi Digital merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat dan mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PEDi Kampung Che Lijah sebagai rangkaian setiap lapisan komuniti melalui internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian komuniti berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
PEDi dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Intelligence Sdn. Bhd
Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PEDi diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan. Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :
OBJEKTIF PENUBUHAN PEDi
– e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Govenment)
– e-Pembelajaran (e-Learning)
– Pengumpulan dan pertukaran maklumat
– Pusat Komunikasi
– Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
– Pusat peperiksaan dan persijilan.
– Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
– Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
– Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
– Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
– Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi
Akhir kata, saya ucapkan ribuan terima kasih di atas segala sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak kepada PEDi Kampung Che Lijah. Sekian. Wassalam.