Tarikh : 12 Mei 2018 (Sabtu)
Masa : 2.15 Petang – 4.45 Petang
Lokasi : Pi1m Kg Che Lijah
Peserta : 11 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 11 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang tinggal berhampiran Pusat Internet. Kelas ini diadakan pada setiap hujung minggu adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.
Aktiviti
Para pelajar diajar menggunakan microsoft office word dan cara penggunaan kemudahan yang dilengkankan dalam aplikasi tersebut. Pelajar juga diberi latihan untuk membuat kad ucapan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu yang disambut pada 13 mei setiap tahun. Diharapkan apa yang dipelajari akan dimenfaatkan pada masa akan datang.