Latar belakang Siti Najihah Binti Omar merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Siti sering berkunjung PEDi komuniti Kg Che Lijah sejak wujudnya PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Beliau telah menjadi ahli PEDi Kg Che Lijah sejak tahun 2017. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi Pada awalnya Siti memang tidak tahu untuk menggunakan komputer. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh PEDi Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi, Siti datang ke PEDi dan mendaftar sebagai ahli. Siti mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi Selepas wujudnya PEDi Kg Che Lijah, Siti sering mengikuti program dan kelas di PEDi Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan Microsoft Office sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Siti juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman social. Siti juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali. |