NAMA : Puan Tengku Nor Hazwani Binti Tengku Ngah
UMUR : 31 Tahun
AHLI : 2016
Latar belakang
Puan Tengku Nor Hazwani merupakan penduduk yang tinggal sekitar pusat internet Kg Che Lijah. Puan tengku menjalankan perniagaan menjual pakaian secara kecil kecilan. Beliau sangat berminat menjalankan perniagaan. Puan Nor Hazwani dahulunya hanya menjual di sekitar rumahnya sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Penggunaan ICT Perniagaan Nor Hazwani hanya menjual kepada kenalan rapat sahaja. Perniagaan beliau juga tidak dikenali oleh masyarakat di luar sana. Pendapatan beliau juga tidak menentu. Puan Nor Hazwani juga tidak mahir menggunakan internet dan laman sosial dengan baik. Beliau juga tidak pernah pergi ke kelas komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas Wujudnya Pusat Internet Kg Che Lijah,Puan Nor Hazwani selalu pergi ke Pusat Internet Kampung Che Lijah untuk mempelajari komputer dan juga untuk perniagaan online. Beliau juga banyak mempelajari cara-cara untuk menjalankan perniagaan dengan berkesan. Saya juga menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk belajar teknik dan cara perniagaan yang berkesan menggunakan laman sosial. Sekarang perniagaan beliau sangat maju kerana beliau menggunakan fb ads untuk mempromosikan pakaian saya. Selain itu juga saya mempromosikan produk di dashboard komuniti my shop serta shopee