Latar belakang
Encik Mohd Hanafi bin Safiee adalah seorang penjual cermin mata polarized untuk menyara keluarganya kerana bapanya telah meninggal dunia. Minatnya dalam perniagaan ini membuatkan Hanafi mendapat pendapatan untuk membantu ibunya yang juga seorang ibu tunggal dan mempunyai anak yang ramai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan dalam Pim, Encik Hanafi hanya menjual melalui kawan-kawannya sahaja serta jiran-jiran di sekitar kawasan rumahnya. Pendapatan melalui jualan tersebut juga tidak menentu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, dan penglibatan dalam Pusat Internet Kg Che Lijah, Saya dapat belajar banyak perkara selepas saya menjadi ahli Pusat Internet Kampung Che Lijah. Saya dapat belajar cara-cara mempromosikan produk melalui laman sosial seperti membuat page di facebook membuatkan pendapatan saya semakin meningkat.