USAHAWAN PAKAIAN TERPAKAI (BUNDLE)
NAMA : Puan Taurn Mala
UMUR : 27 Tahun
AHLI : 2016
Latar Belakang
Tourn Mala merupakan penduduk tempatan yang berdekatan dengan Pusat Internet Kampung Che Lijah. Beliau menceburi bidang perniagaan secara online iaitu menjual pakaian terpakai atau bundle. Puan Mala mengusahankan perniagaan bundle ini bersama suami beliau iaitu En Fauzi Bin Ahmad.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet Kg Che Lijah, Tourn Mala hanya membuat laman sosial facebook untuk mencari kenalan sahaja sebelum terpikir untuk menjual pakaian terpakai. Pada awalnya Puan Mala hanya menjual pakaian terpakai hanya untuk penduduk Kampun Che Lijah dan sekitar sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, dan penglibatan dalam Pusat Internet, Tourn Mala dapat belajar banyak perkara selepas menjadi ahli Pusat Internet Kampung Che Lijah. Beliau dapat belajar cara-cara mempromosikan produk melalui laman sosial facebook serta melalui applikasi dashboard iaitu my shop. Pendapatan beliau juga semakin meningkat. Dengan adanya bundle Puan Mala ini, dapat meningkatkan ekonomi setempat dengan menjual pakaian yang baik serta bermutu dari negara pilihan dengan harga yang murah dan berpatutan.