KESIHATAN
Kesihatan amat penting dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Kepentingan baik dari segi rohani mahupun jasmani. Setiap insan perlu menjaga kesihatan diri agar kehidupan lebih sempurna dan terjamin. Aspek kesihatan juga amat dikira penting bagi penduduk Kampung Che Lijah. Kedudukan Kampung Che Lijah hanya 2 km dari bandar dimana terdapatnya Hospital Besar Daerah Dungun. Selain itu, Klinik Kesihatan Alor Tembesu juga terdapat di sekitar ini bagi memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan perkhidmatan sekiranya memerlukan. Selain itu, terdapat juga klinik swasta ataupun farmasi disini.
HOSPITAL BESAR DUNGUN
PIHAK PI1M BEKERJASAMA DENGAN KLINIK KESIHATAN SEMASA PROGRAM I-HEALTH UNTUK MEMBERI PEMERIKSAAN SECARA PERCUMA KEPADA MASYARAKAT KAMPUNG CHE LIJAH, DUNGUN.