mcmc
Keusahawanan

Keropok Sri Sura

KEROPOK SRI SURA

 

Address
  • LOT134,JALAN SEKOLAH RENDAH SURA,KAMPUNG SURA TENGAH,DUNGUN,TERENGGANU.
  • 23000 Dungun, Terengganu, Malaysia
Phone 011-1693 1136

 

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

 

Jika anda berkunjung di Daerah Dungun, rugi rasanya jika tidak singgah merasa keenakan keropok lekor Sri Sura. Walaupun teksturnya tidak cantik seperti keropok lekor losong, namun kelazatan keropok lekor sri sura tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia amat enak di makan ketika masih panas. Teksturnya sungguh lembut, kenyal dan mudah dikunyah. Usah bimbang sekiranya anda memiliki gigi palsu. 
Keropok ini juga didatangkan dalam pakej frozen. Bagi yang berkunjung dari Lembah Klang, usah bimbang kerana keropok ini mampu bertahan untuk tempoh masa yang lama. Harga yang ditawarkan juga amat murah sekitar RM7 untuk sebungkus. Sekiranya anda membeli lebih banyak pihak syarikat juga memberi diskaun yang lebih rendah. Selain daripada keropok lekor, terdapat juga satar, popia otak-otak dan pelbagai jenis makanan hasil laut negeri Terengganu dalam bentuk frozen.
 

 

**edited by Admin – 6/3/2017
**article original date – 20/2/2017