Kelas Usahawan Shopee
Tarikh : 12 Ogos 2020 (Rabu)
Lokasi : Pusat Internet Kg Che Lijah
Tujuan
Kelas usahawan shopee ini dihadiri oleh 5 orang belia yang terdiri daripada penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Che lijah. Tujuan kelas ini diadakan untuk menggalakkan penduduk untuk menjadi usahawan dalam talian untuk menambahkan lagi pendapatan serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.
Aktiviti
Para usahawan diminta untuk mendaftar akuan shopee terlebih dahulu untuk memudahkan urusan seterusnya. Para usahawan juga diajar untuk memuatnaik produk jualan serta penetapan harga jualan supaya tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi sehingga produk jualan tidak mendapat perhatian dari pelanggan kelak.
Pelajar juga didedahkan berkenaan keselamatan apabila melayari intenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.Diharapkan apa yang dipelajari akan dimenfaatkan pada masa akan datang.
