Kelas Microsof Power Point & Advokasi
Tarikh : 15 Jun 2019 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Che Lijah
Peserta : 9 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti hujung minggu persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.
Aktiviti
Pelajar diminta untuk membuat lembaran persembahan berkenaan biodata peribadi untuk dipersembahkan kepada kawan-kawan. Selain itu juga, pelajar diterapkan dengan ilmu dan etika melayari internet dengan menerapkan 3 elemen iaitu keselamatan, waspada dan bertangganungjawab apabila melayari internet. Diharapkan ilmu yang dipelajari dimanfaatkan pada masa yang mendatang.
