Kelas Microsof Office Word & Advokasi

Laporan Aktiviti | 5 November 2019

Tarikh   : 1 November 2019 (Jumaat)

Masa    : 2.30 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg Che Lijah

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti hujung minggu persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.

Aktiviti

Pelajar diminta untuk membuat karangan berkenaan hobi yang dilakukan pada waktu cuti sekolah. Selain itu juga, pelajar diterapkan dengan ilmu dan etika melayari internet dengan menerapkan 3 elemen iaitu keselamatan, waspada dan bertangganungjawab apabila melayari internet.

Diharapkan ilmu yang dipelajari dimanfaatkan pada masa yang mendatang.