Kelas Microsof Office Word & Advokasi
Tarikh : 3 May 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang – 5.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Che Lijah
Peserta : 9 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti hujung minggu persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.
Aktiviti
Para pelajar diajar menggunakan microsoft office word dan cara penggunaan kemudahan yang dilengkankan dalam aplikasi tersebut. Pelajar juga diberi latihan untuk pemahaman yang dipelajari. Pelajar juga diminta untuk mencari maklumat yang diperlukan melalui egen carian google untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Diharapkan apa yang dipelajari akan dimenfaatkan pada masa akan datang.
Selain itu juga, pelajar diterapkan dengan ilmu dan etika melayari internet dengan menerapkan 3 elemen iaitu keselamatan, waspada dan bertangganungjawab apabila melayari internet. Diharapkan ilmu yang dipelajari dimanfaatkan pada masa yang mendatang.
