Kelas E-Pembelajaran & Microsoft Excell

Laporan Aktiviti | 14 October 2019

Tarikh   : 12 Oktober 2019 (Sabtu)

Masa    : 2.300 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg Che Lijah

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti hujung minggu persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.

Aktiviti

Para pelajar diajar menggunakan microsoft office excell dengan membuat jadual persekolahan  dan cara menggunakan agen carian google untuk mencari maklumat yang diperlukan. Pelajar juga diberi latihan untuk pemahaman yang dipelajari. Pelajar juga diminta untuk mencari maklumat yang diperlukan melalui egen carian google untuk mendapat maklumat yang lebih tepat. Diharapkan apa yang dipelajari akan dimenfaatkan pada masa akan datang.

Pelajar juga didedahkan berkenaan keselamatan apabila melayari intenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.