Kelas E-Pembelajaran & Dashboard Komuniti

Laporan Aktiviti | 5 November 2019

Tarikh   : 2 November 2019 (Sabtu)

Masa    : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg Che Lijah

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 6 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti hujung minggu persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.

Aktiviti

Pelajar diminta untuk membuat poster berkenaan Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 9 November 2019. Pelajar diajar menggunakan egen carian google untuk mencari bahan dan maklumat. Selain itu juga, pelajar diterapkan dengan ilmu dan etika melayari internet dengan menerapkan 3 elemen iaitu keselamatan, waspada dan bertangganungjawab apabila melayari internet.

Diharapkan ilmu yang dipelajari dimanfaatkan pada masa yang mendatang.