Kelas E-Pembelajaran & Dashboard Komuniti
Tarikh : 22 Februari 2019 (Jumaat)
Masa : 3.00 Petang – 5.30 Petang
Lokasi : Pi Kg Che Lijah
Peserta : 8 Orang
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah yang tinggal berhampiran Pusat Internet Kg Che Lijah. Kelas ini diadakan pada setiap hujung minggu adalah untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.
Aktiviti
Para pelajar diajar menggunakan microsoft office word dan cara penggunaan kemudahan yang dilengkankan dalam aplikasi tersebut. Pelajar juga diberi latihan untuk kefahaman yang telah dipelajari. Pelajar juga diberi tunjuk ajar menggunakan serta mempelajari menggunakan egen carian menggunakan pelayar google untuk mencari maklumat.
Diharapkan apa yang dipelajari akan dimenfaatkan pada masa akan datang.
Pelajar juga didedahkan berkenaan keselamatan apabila melayari intenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.
