Kelas E-Pembelajaran & Advokasi

Laporan Aktiviti | 8 September 2019

Tarikh   : 7 Septembere 2019 (Sabtu)

Masa    : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg Che Lijah

Peserta : 9 Orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Che lijah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti  persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.

Aktiviti

Para pelajar diajar menggunakan aplikasi agen carian google untuk mencari maklumat. Selain itu juga pelajar diajar menggukan teknik sunting dan tampal untuk memudahkan pembelajaran.Pelajar juga diberi latihan untuk pemahaman yang dipelajari. Pelajar juga didedahkan berkenaan keselamatan apabila melayari intenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Diharapkan apa yang dipelajari akan dimenfaatkan pada masa akan datang.