Kelas Dashboard Komuniti & E-Pembelajaran
Tarikh : 2 Disember 2019 (Sabtu)
Masa : 2.30 Petang – 5.30 Petang
Lokasi : PEDi Kg Che Lijah
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 7 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti hujung minggu persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.
Aktiviti
Pelajar diminta untuk membuat artikel berkenaan bahaya penyakit bawaan banjir sebagai contoh penyakit taun, cacar serta bahaya kepada binatang berbisa seperti ular. Pelajar diajar menggunakan egen carian google untuk mencari bahan dan maklumat. Selain itu juga, pelajar diterapkan dengan ilmu dan etika melayari internet dengan menerapkan 3 elemen iaitu keselamatan, waspada dan bertangganungjawab apabila melayari internet.
Diharapkan ilmu yang dipelajari dimanfaatkan pada masa yang mendatang.
