Kelas Dashboard Komuniti & E-Pembelajaran

Laporan Aktiviti | 3 September 2019

Tarikh   : 2 Septembere 2019 (Isnin)

Masa    : 2.00 Petang – 5.00 Petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg Che Lijah

Peserta : 8 Orang

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal berhampiran dengan Pusat Internet Kampung Che lijah. Tujuan kelas ini diadakan pada hari cuti  persekolahan untuk menggalakkan para pelajar untuk lebih cenderung ke arah bidang IT serta memupuk kemahiran menggunakan komputer kepada para pelajar.

Selain itu, aplikasi dashboard dan fungsi aplikasi tersebut komuniti kepada ahli serta penduduk sekitar pusat internet dengan adanya aplikasi ini. Selain itu juga program ini adalah untuk mempertingkatkan keahlian pusat internet ini sendiri.

Aktiviti

Para pelajar diajar menggunakan aplikasi dashboard komuniti dengan membuat pengumuman yang bermenfaat kepada warga penduduk Kg Che Lijah. Selain itu juga pelajar di ajar mengunakan aplikasi carian iaitu google untuk mencari maklumat.Pelajar juga diberi latihan untuk pemahaman yang dipelajari. Pelajar juga didedahkan berkenaan keselamatan apabila melayari intenet supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.

Diharapkan apa yang dipelajari akan dimenfaatkan pada masa akan datang.