mcmc
Makanan

D’sara Fried Chicken Dungun

DUNGUN TERENGGANU – 12 Jun 2018 menjadi tarikh penting kepada penduduk di sekitar Dungun Terengganu dengan Pra-Pembukaan Restoran D’Sara Fried Chicken. Pembukaan yang rencanakan oleh anak jati Terengganu ini merupakan pembukaan konsep restoran kedua D’Sara Fried Chicken bagi negeri Terengganu.

Menurut temubual bersama pengasas D’sara Fried Chicken sendiri, beliau berasa teruja dengan sambutan yang diterima pada pra-pembukaan ini dengan jumlah pelanggan yang melebihi jangkaan terutama untuk walk-in customer semasa waktu berbuka puasa. Kami di D’sara Fried Chicken berharap para pelangan dapat memberi feedback dan maklum balas terhadap kualiti dan mutu persembahan.

Mengulas lanjut lagi, En Syarifudin Omar selaku pengasas juga memaklumkan dengan pembukaan cawangan terbaru ke 85 di Dungun,Terengganu ini, juga dilancarkan menu terbaru menjelang aidilfitri iaitu AYAM GORENG MELETOP yang sangat mendapat sambutan buat masa ini.

Jadi kepada penduduk dan warga Dungun, jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan keenakkan ayam goreng D’sara Fried Chicken yang kini berlabuh untuk cawangan Restoran kedua di Dungun Terengganu.