Latar belakang
Mohamad Dahlan Bin Ismail merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Mohamad Dahlan Bin Ismail sering berkunjung PEDi Kg Che Lijah sejak wujudnya PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Beliau telah menjadi ahli PEDi Kg Che Lijah sejak tahun 2018. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Epy.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pada awalnya Mohamad Dahlan Bin Ismail memang tidak tahu untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh PEDi Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi, Epy datang ke PEDi dan mendaftar sebagai ahli. Epy mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas wujudnya PEDi Kg Che Lijah, Epy sering mengikuti program dan kelas di PEDi Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Epy juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Epy juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali