CELIK ICT Q1 2026 – MUHAMMAD DANISH BIN MOHD ABI SUFIAN
Nama : Muhammad Danish Bin Mohd Abi Sufian
Umur : 15 Tahun
Ahli : 2022
Latar belakang
Muhammad Danish Bin Mohd Abi Sufian atau lebih mesra dipanggil danish merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan NADI Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Hajar sering berkunjung NADI Kg Che Lijah sejak wujudnya NADI untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti mencetak dan penggunaan komputer. Beliau telah menjadi ahli NADI Kg Che Lijah sejak tahun 2019.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada awalnya Danish memang tidak tahu untuk menggunakan komputer. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh NADI Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh NADI, Danish datang ke NADI dan mendaftar sebagai ahli. Danish mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh NADI Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas wujudnya NADI Kg Che Lijah, Danish sering mengikuti program dan kelas di NADI Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan Microsoft Office sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Danish juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman social. Danish juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.