mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2020 – Faizal Bin Abdul Rahman

Latar belakang

Faizal bin Abdul Rahman merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan pusat internet  Kampung Che Lijah. Beliau merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati Dungun Terengganu yang terletak kurang 1 km dari pusat internet Kg Che Lijah. Beliau juga seorang yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Faizal bin Abdul Rahman sering berkunjung pusat internet  Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet ini disini pada selepas waktu persekohan serta pada cuti sekolah. Beliau  telah menjadi ahli pusat internet Kg Che Lijah sejak tahun 2018. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Faizal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Faizal bin Abdul Rahman memang tidak tahu untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Internet, Faizal menyuarakan hasrat menjadi ahli pusat internet kepada keluarga beliau. Faizal mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh pusat internet Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas wujudnya Pusat Internet Kg Che Lijah, Faizal bin Abdul Rahman sering mengikuti program dan kelas di pusat internet Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Darius dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial face book sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Darius juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.