SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT KAMPUNG CHE LIJAH, DUNGUN YANG DIADAKAN PADA 10 OKTOBER 2015
BELIA HARAPAN BANGSA
Lelaki |
276 |
Orang |
Wanita |
323 |
Orang |
Pelajar |
92 |
Orang |
Pelajar |
143 |
Orang |
Bekerja |
182 |
Orang |
Bekerja |
180 |
Orang |
Menganggur |
2 |
Orang |
Menganggur |
– |
Orang |
Mengikut statistik yang diperolehi pada tahun 2015, Didapati Belia Kampung Che Lijah, Dungun mempunyai seramai 599 orang belia dimana terdiri daripada 276 orang Lelaki dan 323 orang Perempuan. Kebanyakan belia di Kampung Che Lijah bekerja sebagai peniaga dan bekerja sendiri.
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Dungun
Tingkat 3, Lot 8891, Bangunan Famous Maju Enterprise, Jalan Yahya Ahmad, 23000, Dungun, Terengganu, Malaysia.
No Tel 09-8423121
VISI
Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua serta pembangunan Atlet Sukan berprestij tinggi peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Mewujudkan dan membentuk Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu darisegi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, agama dan negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
MISI
Membina generasi Belia yang berktrampilan dalam bidang Kepimpina, Keusahawanan, Kemahiran dan Pengurusan Organisasi dengan Pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi Nasional dan identiti bangsa selaras dengan Wawasan 2020.
OBJEKTIF
Untuk melahirkan masyarakat Belia yang berdisiplin, berakhlak mulia, sihat serta mewujudkan Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu darisegi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotic serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara serta mempunyai semangat keusahawanan serta kemahiran teknikal selaras dengan Wawasan 2020.
Dasar dan Matlamat Pejabat Belia dan Sukan
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun merupakan wakil Kememterian Belia dan Sukan Malaysia diperingkat daerah Dungun yang mempunyai matlamat iaitu :
- Membina masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan bergerak maju dalam ekonomi dan sosial.
- Pembina masyarakat yang sihat dan cerdas kea rah perpaduan Negara.