mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Shahrul Aqil Bin Shahrul Naz

Latar belakang

Shahrul Aqil Bin Shahrul Naz merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan pusat internet  Kampung Che Lijah. Beliau merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Padang Jambu yang terletak kurang 5 km dari pusat internet Kg Che Lijah. Beliau juga seorang yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Shahrul Aqil sering berkunjung pusat internet  Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet ini disini. Shahrul Aqil telah menjadi ahli pusat internet Kg Che Lijah sejak tahun 2017. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Aqil.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Shahrul Aqil Bin Shahrul Naz memang tidak pandai untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pusat Internet, Aqil menyuarakan hasrat menjadi ahli pusat internet kepada keluarga beliau. Ayah beliau Encik Shahrul Naz mendaftarkan Shahrul Aqil sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh pusat internet Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas wujudnya Pusat Internet Kg Che Lijah, Shahrul Aqil selalu mengikuti program dan kelas di pusat internet Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Shahrul Aqil dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial face book sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Shahrul Aqil juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak sewenang wenangnya mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.