KISAH KEJAYAAN CELIK IT
NAMA : Razan Hayati Bt Abdullah
UMUR : 12 Tahun
AHLI : 2016
Latar Belakang
Razan Hayati Bt Abdullah merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan pusat internet Kampung Che Lijah. Beliau merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati yang terletak kurang 1km dari pusat internet Kg Che Lijah. Beliau juga seorang yang periang dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Razan Hayati Bt Abdullah sering berkunjung pusat internet Kg Che Lijah sejak wujudnya pusat internet ini disini. Razan Hayati Bt Abdullah telah menjadi ahli pusat internet Kg Che Lijah sejak tahun 2016.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya Razan Hayati Bt Abdullah memang tidak pandai untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah nenek mengetahui kelebihan menjadi keahlian Pusat Internet, beliau mendaftarkan cucu beliau untuk mendapat kelebihan-kelebihan tersebut untuk cucunya iaitu Razan Hayati Bt Abdullah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas wujudnya Pusat Internet Kg Che Lijah, Razan Hayati Bt Abdullah selalu mengikuti program dan kelas di pusat internet Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Razan Hayati dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman social facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial.