USAHAWAN PAKAIAN
NAMA : Mohammad Suhaimi Bin Hassan
UMUR : 29 Tahun
AHLI : 2016
Latar Belakang
Encik Suhaimi menjalankan perniagaan menjual pakaian secara kecil-kecilan pada mulanya. Beliau sangat berminat menjalankan perniagaan sejak kecil lagi. Pada awalnya beliau menjalankan perniagaan disekitar rumah beliau iaitu pasar kemboja yang diadakan setiap hari ahad setiap minggu.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat innternet Kg Che Lijah, Beliau menjual kepada rakan dan kenalan sahaja. Perniagaan beliau juga tidak dikenali pada awalnya dan pendapatan juga tidak menentu.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan Pusat Internet
Selepas penggunaan ICT, Beliau mempelajari komputer dan juga perniagaan secara atas talian iaitu online. Beliau juga mempelajari ilmu perniagaan secara lebih berkesan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Che Lijah. Beliau juga membuat page di facebook untuk menjalankan perniagaan secara atas talian. Beliau menjalakan perniagaan menggunakan facebook ads untuk mempromsikan pakaian beliau.