mcmc
Maklumat Am

Maklumat Am

          Projek Kampung Tanpa Wayar (KTW) merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi merapatkan jurang digital oleh Kementerian Penerangan, Kominikasi dan kebudayaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Projek KTW menyediakan kemudahan sambungan Internet tanpa wayar di kawasan yang bersesuaian dalam kampung terpilih bagi memudahkan penggunaan jalur lebar untuk penduduk di kampung tersebut. Penduduk kampung dapat mengakses internet dengan kelajuan 2Mbps dalam likungan jarak sekitar 200 meter. Kebanyakannya menggunakan teknologi ADSL atau VSAT

        Pelaksanaan KTW mempunyai matlamat yang penting dan bermakna dalam arus membangunan negara ke arah status negara maju. KTW ini mampu menyediakan kemudahan internet dan ICT kepada masyarakat setempat untuk dinikmati bersama sekaligus dapat merapatkan jurang digital di antara penduduk Bandar dan luar Bandar. Pengaktifan kata laluan dan password Kampung Tanpa Wayar (KTW) haruslah didaftarkan di Pusat Internet 1Malaysia terdekat.

     Objektif program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menikmati faedah perkhidmatan Internet jalur lebar, meningkatkan kadar penembusan penggunaannya serta merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar Bandar. Salah satu program yang dilaksanakan oleh SKMM di bawah Inisiatif Jalur Lebar Nasional (NBI) dan dibiayai menerusi Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat dan dilaksanakan oleh pemberi perkhidmatan yang terpilih. Usaha ini membolehkan rakyat di kawasan-kawasan luar bandar dapat menikmati dan mengambil faedah kemudahan ICT sepertimana mereka yang berada di bandar sebagai mangkin untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan mewujudkan nilai ekonomi sama ada bagi isirumah, pelajar, wanita dan warga emas. Usaha merapatkan jurang digital ini merangkumi segala aspek ICT iaitu kemudahan komunikasi seperti telekomunikasi, Internet, maklumat, perisian dan perkakasan multimedia.

         Kemahiran dalam bidang ICT boleh membantu matlamat penduduk tempatan untuk meneroka bidang-bidang kemajuan di kawasan itu, menjana ekonomi serta kemajuan di bidang ilmu dan pendidikan khususnya dalam melahirkan generasi digital.  Peruntukan perkhidmatan jalur lebar merupakan penyelesaian paling tepat dalam menambahbaik penembusan Internet dalam sebuah negeri.Walaupun nampak kecil, pelaksanaan Kampung WiFi mempunyai matlamat yang penting dan bermakna dalam arus membangunkan negara ke arah status negara maju. Langkah ini dilihat kelak akan memberi lonjakan kepada penembusan jalur lebar di kawasan kampung dan di luar bandar seterusnya merapatkan jurang digital. Kampung WiFi ini ternyata dapat Menyediakan kemudahan Internet dan ICT kepada masyarakat setempat untuk dinikmati bersama.

PETUGAS PUSAT INTERNET  KG CHE LIJAH

PENGURUS

ABDUL RAHIM BIN MOHAMED SAID

PENOLONG PENGURUS

FAIZATUL MASTURA BINTI MOHAMAD