Nama : Shukkriyah Binti Omar
Umur : 31 tahun
Ahli : 2017
Latar belakang
Shukkriyah binti omar atau lebih mesra dipanggil sukiah merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan NADI Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Kakni sering berkunjung NADI Kg Che Lijah sejak wujudnya NADI untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan seperti mencetak dan penggunaan komputer. Beliau telah menjadi ahli NADI Kg Che Lijah sejak tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada awalnya sukiah memang tidak tahu untuk menggunakan komputer. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh NADI Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh NADI, sukiah datang ke NADI dan mendaftar sebagai ahli. kakni mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh NADI Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas wujudnya NADI Kg Che Lijah, sukiah sering mengikuti program dan kelas di NADI Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan Microsoft Office sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. sukiah juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman social. kakni juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.