

Latar belakang
Ali Sapri Bin Hassan adalah seorang peniaga. Minatnya dalam bidang jualan bermula sejak kecil lagi di mana ayah dan emak beliau juga seorang peniaga. Ali juga merupakan seorang yang kuat bekerja ekoran peredaran zaman yang mencabar. Disamping itu, minatnya dalam bidang perniagaan adalah sangat tinggi dan mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Ali hanya menjual pakaian di pasar-pasar pagi dan pasar malam sahaja. Pendapatan melalui jualan tersebut juga tidak menentu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penggunaan ICT, dan penglibatan dalam NADI beliau dapat belajar banyak perkara. Beliau juga menjadi ahli NADI Kampung Che Lijah sejak 2019 lagi. Ali juga dapat belajar cara-cara untuk mempromosikan produk jualannya dengan menggunakan platfom di atas talian iaitu facebook,tiktok dan shopee.