Latar belakang
Muhammad Syukri Salleh Bin Abdullah merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Muhammad Syukri Salleh Bin Abdullah sering berkunjung PEDi komuniti Kg Che Lijah sejak wujudnya PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Beliau telah menjadi ahli PEDi Kg Che Lijah sejak tahun 2015. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Syukri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pada awalnya Syukri tidak tahu untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh PEDi Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi, Syukri datang ke PEDi dan mendaftar sebagai untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas wujudnya PEDi Kg Che Lijah, Syukri sering mengikuti program dan kelas di PEDi Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Syukri juga dapat menggunakan komputer dengan baik untuk menyiapkan kerja-kerja kursus sekolah. Selain itu juga, beliau dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Syukri juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.