Latar belakang
Safirah Binti Ramli merupakan salah seorang penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Che Lijah. Beliau merupakan anak jati Kampung Che Lijah. Beliau juga seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan rakan-rakan. Safirah Binti Ramli sering berkunjung PEDi komuniti Kg Che Lijah sejak wujudnya PEDi untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Beliau telah menjadi ahli PEDi Kg Che Lijah sejak tahun 2017. Beliau senang dipanggil oleh rakan-rakan dengan nama Firah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Pada awalnya Firah memang tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan buta ICT. Setelah menghadiri hari terbuka yang dianjurkan oleh PEDi Kampung Che Lijah tentang kelebihan dan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi, Firah datang ke PEDi dan mendaftar sebagai ahli. Firah mendaftar sebagai ahli untuk mendapatkan kemudahan yang ditawarkan oleh PEDi Kampung Che Lijah iaitu latihan ICT secara berterusan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas wujudnya PEDi Kg Che Lijah, Firah sering mengikuti program dan kelas di PEDi Kg Che Lijah. Kelas asas komputer dan mengikuti kelas Intel Learn Easy Step sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada beliau. Firah juga dapat menggunakan komputer dengan baik dan dapat mencipta laman sosial facebook sendiri untuk pembelajaran serta bergaul dengan kenalan di laman sosial. Firah juga mempelajari serba sedikit tentang etika-etika apabila melayari internet dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.