mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Pengangkutan

Antara Kemudahan pengangkutan yang terdapat di Dungun 

 

Pengangkutan Bas Ekspres

Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada ialah Utama Ekspres, Mutiara Ekspres, Mara Liner, Transnasional dan banyak lagi. Terminal bas ekspres terletak  berhampiran dengan pasar besar Dungun untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini.

 

Pengangkutan Awam lain

Antara pengangkutan awam lain yang boleh di dapati di Daerah Dungun ialah perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang. Bas lompat akan membawa penumpang dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu dan Dungun ke Kemaman melalui jalan kampung. Begitu juga dengan perkhidmatan teksi yang terdapat di sini. Teksi akan membawa penumpang dari Dungun ke Kuala Terengganu dengan jarak perjalanan sejauh 90km dan 80km ke kemaman ataupun mengikut kemahuan penumpang tersebut. Van penumpang adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membawa penumpang dari kawasan pendalaman memandangkan tiada pengangkutan awam yang disediakan di kawasan tersebut

 

 

Sumber

http://mpd.terengganu.gov.my/pengangkutan-awam_orang-awam