MUZIUM NEGERI TERENGGANU
Ucapan Selamat Datang dan berpintu gerbang dengan senibina Terengganu. Awalan yang cukup mengujakan kepada pecinta seni bina Terengganu.
Muzium utama Negeri Terengganu yang terletak di Kampung Losong dan terkenal kerana reka bentuknya yang unit dan diperakui sebagai muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium Negeri Terengganu ini menempatkan artifak dan hasil seni yang merupakan warisan berusia beberapa kurun lamanya. Terletak di atas tanah seluas 27 hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu, kompleks ini kelihatan hebat dari segi seni binanya, berdasarkan reka bentuk istana lama Terengganu.
Ia terdiri daripada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, 4 buah rumah tradisional dan taman botani serta herba. Muzium Utama dibina di atas 16 kaki bajang konkrit dengan galeri yang mempamerkan tekstil dan teknik menenun, senjata tradisional, seni kraf, sejarah, alat kebesaran diraja, alam semula jadi, pembangunan petroleum, seni Islam, seni generasi baru dan kontemporari. 4 blok bangunan yang lain bersambung, untuk mewakili keluarga besar. Di pintu masuk utama bagi kompleks utama, dipamerkan Batu Bersurat Terengganu asli yang terkenal.
Pelawat dari hotel boleh menghubungi mana-mana agensi pelancongan untuk mengatur Lawatan Bandar Kuala Terengganu yang menyeronokkan termasuk lawatan ke Muzium Negeri. Atau rasai pengalaman menaiki bot persiaran sepanjang Sungai Terengganu yang juga berhenti di Muzium Negeri. Bagi mereka yang mahu memandu sendiri ke Muzium, anda perlu ikut laluan ke Kampung Losong di mana ia terkenal dengan keropok lekornya, satu lagi makanan terkenal penduduk tempatan. Dari sini pelawat dapat melihat muzium tersergam indah, di atas Bukit Losong.
Panduan Perjalanan
Menaiki Bas
Hanya 15 minit perjalanan dari Muzium Bas atau Losong ke Stesen Bas MPKT.
Menaiki teksi
Dari Stesen Teksi Kuala Terengganu, kira-kira 10 minit untuk sampai ke muzium ini.
Sila Hubungi
Pejabat Pelancongan Malaysia Terengganu
Alamat:
5th Floor, Menara Yayasan Islam Terengganu, Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu 20300, Terengganu, Malaysia
Telefon : +609-622 1433 / 1893
Faks: +609-622 1791
Sumber:
http://www.malaysia.travel/ms-my/bn/places/states-of-malaysia/terengganu/terengganu-state-museum